Thursday, March 31, 2011

senyum itu satu sedekah..

Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam telah meluluhkan hati sesiapa saja dengan senyuman baginda. Baginda mampu memikat hati dengan senyuman. Baginda menumbuhkan harapan dengan senyuman. Baginda mampu menghilangkan sikap keras hati dengan senyuman. Dan baginda saw. mensunnahkan dan memerintahkan umatnya agar menghiasi diri dengan akhlak mulia ini. Bahkan baginda menjadikan senyuman sebagai lahan berlumba dalam kebaikan.

Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya, "Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya ?"

Rasulullah SAW bersabda, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah,"Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah." (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi).

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Senyummu di depan saudaramu adalah sedekah.” Al-Tirmidzi dalam sahihnya.

Diriwayatkan dari Jabir dalam sahih Bukhari dan Muslim, berkata, “Sejak aku masuk Islam, Rasulullah saw tidak pernah menghindar dariku. Dan baginda tidak melihatku kecuali baginda pasti tersenyum kepadaku.”

Tuesday, March 29, 2011

solat sunat sebelum subuh..


solat sunat sebelum subuh..

Suatu ketika, Rasullullah saw terlewat datang ke masjid untuk solat subuh. Baginda sampai di masjid dan terus sahaja mengimani solat. Selepas solat, Rasullullah SAW memberitahu sebab kelewatannya, kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Kemudian baginda menunaikan dua rakaat sebelum Subuh.

“bukahkah tuan sudah terlewat benar, wahai Rasullullah?” Bilal bertanya, seakan membawa maksud, sudah lambat pun ,masih menyempatkan diri untuk solat sunat dua rakaat?’

Jawab Rasullullah saw, “Sekiranya aku terlambat lebih daripada itu, aku akan tetap solat dua rakaat dengan sempurna”

Baginda menggambarkan kelebihan solat dua rakaat qabliah(sebelum) subuh melalui sabdanya, ” Dua rakaat fajar lebih baik daripada dunia dan segala yang ada di dalamnya.”

Dalam riwayat lain: “Lebih aku sukai daripada dunia seisinya.”

(riwayat Muslim)

assalamualaikum

syukur alhamdulillah....